Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Canselor Jerman, Angela Merkel menggesa sebuah kerjasama dengan Persekutuan Rusia di dalam usaha memerangi dan membasmi keganasan.
"Perang ke atas keganasan adalah sebuah ruang kerja di mana kita memiliki kepentingan bersama dan mampu untuk bekerjasama (di dalamnya)," kata Merkel di dalam Persidangan Keselamatan Munich pada hari Sabtu.
Sambil menolak dakwaan bahawa Islam adalah sumber keganasan, Canselor Jerman itu turut mengatakan bahawa tindakan menyertakan negara-negara Islam di dalam peperangan ke atas keganasan adalah sangat penting.
Beliau turut menambah bahawa Berlin sanggup memberikan komitmen di dalam mengekalkan hubungan baik dengan Moscow di sebalik perbezaan pendapat di antara kedua-dua kerajaan dalam pelbagai isu.
Di tempat lain, beliau yang berusia 62 tahun mengatakan bahawa tindakan mengendalikan isu global secara bersendirian bukanlah langkah yang baik untuk menyelesaikan isu-isu antarabangsa. Perkara itu dilihat sebagai kritikan terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump.
"Pada tahun di mana kita melihat cabaran yang (sebelumnya) tidak dapat dibayangkan, kita boleh (memilih) untuk bekerjasama atau meneruskan tugasan peribadi. Saya berharap kita akan menemui titik temu," kata Merkel
Negara-negara di dalam Kesatuan Eropah kini berhadapan dengan risiko serangan pengganas yang kebanyakannya diinspirasikan oleh kumpulan Takfiri Daesh yang berideologikan fahaman Wahhabisme.
/315
18 Februari 2017 - 14:30
News ID: 812523
Canselor Jerman, Angela Merkel menggesa sebuah kerjasama dengan Persekutuan Rusia di dalam usaha memerangi dan membasmi keganasan.